PERKHIDMATAN


Kaunseling melalui sesi e-mel atau sesi chat merupakan satu kaedah yang baru di dalam perhubungan menolong. Ianya begitu mudah dan menjimatkan masa bagi sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kaunseling ini.  Anda hanya perlu menekan butang kekunci yang ada pada komputer anda dan sambungan talian ke internet....


Siapakah yang layak untuk mendapatkan perkhidmatan e kaunseling?
Remaja yang menghadapi kesulitan berkaitan peribadi, keluarga, keremajaan, emosi, perhubungan dan akademik.


Mengapa memilih e kaunseling?
  • Kemungkinan anda tidak suka keluar rumah untuk bertemu kaunselor secara bersemuka.
  • Kemungkinan anda malu untuk berjumpa kaunselor secara bersemuka.
  • Kemungkinan anda terlalu sibuk untuk menemui kaunselor secara bersemuka.

Apakah Bentuk Perkhidmatan Yang Diberikan?
  1. Sesi kaunseling akan dilaksanakan melalui  email.
  2. Sesi melalui chat (Yahoo Massenger)
  3. sesi secara bersemuka



Jenis perkhidmatan bersemuka yang diberikan:






1) kaunseling individu



 -Perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong untuk menyelesaikan konflik, atau pertikaian yang belum diselesaikan.







2) kaunseling kelompok

 -Kaunseling kelompok adalah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang individu biasa yang sedang menghadapi masalah seharian yang normal dalam satu jangka masa yang sama. Menurut beliau, pendekatan ini mempunyai objektif yang sama dengan kaunseling individu tetapi meliputi interaksi kaunselor dengan lebih individu.



Matlamat Kaunseling Secara Umumnya Adalah Untuk Membantu Individu:

A. Memahami diri dan persekitarannya

B. Memenuhi keperluan diri dan persekitarannya

C. Memanfaatkan potensi dan kekuatan dirinya

D. Mengatasi kekurangan dan kelemahan dirinya

E. Meneruskan hidupnya dengan cemerlang secara berdikari



Pelangi Kasih Consultant ini beroperasi pada waktu berikut:

Ahad - Khamis

8.30 pagi - 1.00 petang

2.30 petang - 5.00 petang

Bayaran yang ditetapkan:

  • Bagi email yang pertama, caj yang akan dikenakan ialah RM50 dan bagi email yang kedua dan seterusnya pula sebanyak RM30 sahaja.
                 
  •  Bagi yahoo massenger pula, caj yang akan dikenakan untuk 30 minit ialah RM30 dan RM50 untuk sejam.     

  •   Bagi bersemuka, caj yang akan dikenakan untuk satu sesi ialah RM80 (tidak lebih 3 jam untuk sesi kelompok, tidak lebih 2 jam untuk sesi individu).

*Separuh daripada bayaran yang dikenakan adalah untuk perkhidmatan pengurusan laman,   sewaan tapak dan lain-lain bayaran =)

Cara bayaran:
1- Anda boleh membayar terus ke dalam akaun CIMBank no: 50332111126743
2- Emailkan nombor rujukan pada slip bayaran kepada 
pelangi_kasih@yahoo.com      
  

*email dan chat yang dihantar akan dibalas dalam masa tidak lebih 2 hari waktu bekerja.


                                    "kejujuran kunci kejayaan"   











Tiada ulasan:

Catat Ulasan