TAHUKAH ANDA



#  Setiap manusia adalah unik.
#  Setiap manusia memiliki bakat/potensi yang tertentu.
#  Setiap manusia sentiasa dan boleh berubah.
#  Setiap manusia berupaya dan bertanggungjawab.




JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.
1.  JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
2.  JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA      makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
3.  JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
4.  JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
5.  JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
6.  JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
7.  JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
8.  JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
9.  JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
10.  JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.




BAGAIMANA MENGENAL DIRI SENDIRI

Tiada Orang Yang Mengenal Diri Anda Kecuali Anda sendiri !
Apabila Anda melihat ke dalam diri dan mencari kerjaya yang sesuai, sebenarnya anda mencari identiti sebenar diri anda sendiri. Cuba renungkan sejenak tentang perkara berikut :
       ~~ Apa yang anda suka buat?
       ~~ Apa yang perlu anda lakukan?
       ~~ Apa yang penting buat anda ?
       ~~ Kemahiran apa yang anda ada ?
       ~~ Apakah tahap pendidikan anda ?
       ~~ Latihan apa yang telah anda jalani ?
       ~~ Pengalaman apa yang anda ada ?
       ~~ Apakah perkara yang boleh mendorong anda ?
       ~~ Bagaimana sikap anda terhadap diri sendiri dan orang lain ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan